Ahad, 30 Oktober 2011

Ciri-Ciri Resume Yang Efektif:


  • Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak.

  • Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.

  • Data yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.

  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga.

Ciri-Ciri Resume Yang Efektif:

  • Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak.

  • Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.

  • Data yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.

  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga.

Soalan-Soalan Lazim Temuduga


1)   Ceritakan tentang diri anda
Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

2)   Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?
Serlahkan keistimewaan anda dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.

3)   Mengapa anda memilih syarikat ini?
Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

4)   Apakah kelemahan anda yang paling ketara?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur. Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha memperbaikinya.

5)   Kenapa anda berhenti dari tempat kerja yang lepas?
Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa menyertakan beberapa aspek yang positif juga.

6)   Huraikan suatu masalah yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
Penemuduga ingin melihat kebolehan anda untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah - langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik.

7)   Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?
Sila pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

8)   Berapakah gaji yang anda harapkan?
Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.

Rahsia Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta Dengan Mudah…



Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja. Jadi,
apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?

 
1)     Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal supaya anda tidak tergopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat. Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
2)   Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

3)  Elakkan Pemakaian Minyak Wangi
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu minyak wangi anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
 
4)    Dapatkan Maklumat Isu Semasa
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik. 
5)     Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.

IKUTI TIP TEMUDUGA YANG BAIK

"Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya"


persoalan yang boleh menjengah di setiap benak fikiran manusia. Kadangkala berkedudukan terbaik dalam peperiksaan seperti SPM, DIPLOMA, IJAZAH dan selainnya belum tentu menjamin seseorang mendapatkan pekerjaan. Kerana apa? 


KEGAGALAN WAKTU TEMUDUGA !!!


Oleh itu ikuti beberapa tip yang mungkin berguna kepada anda.



  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job. Gunakan bahasa Inggeris yang ringan. Untuk sektor kerajaan juga ada menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya untuk penjawatan Gred 29 Keatas. Untuk itu bersedialah untuk menggunakan Bahasa inggeris.
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalau kurang berkeyakinan untuk berbahasa Inggeris, mohon kebenaran contohnya: "sorry sir, can i speak in Malay, my englis is broken" untuk menunjukkan rasa hormat atas ketidak bolehan kita. Namun selagi mampu baik anda mencuba berbahasa Inggeris.
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh!
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya!
  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Berjabat tanganlah dengan baik. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak.
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik.Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

JOB MALAYSIA

Job Malaysia merupakan portal secara internet yang boleh digunapakai oleh masyarakat/ orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan pekerjaan. Portal ini menyediakan segala kemudahan tentang kekosongan jawatan, pendaftaran bank pekerjaan, khidmat nasihat dan lain-lain perkhidmatan. Sememangnya tidaklah rugi sekiranya pencari-pencari pekerjaan mendaftarkan diri ke portal ini untuk memohon pekerjaan. 

http://www.jobsmalaysia.gov.my



SELAMAT DATANG KE GERBANG INFORMASI KERJAYA ANDA

SELAMAT DATANG

Blog ini dibangunkan untuk memberi informasi kepada pembaca untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan:


1. pencarian kerjaya
2. tips-tips temuduga
3. informasi tentang kerjaya yang di minati
4. iventori minat kerjaya (alat ujian yang akan menggambarkan pekerjaan anda)
5. informasi dari agensi kerajaan/ swasta
6. penulisan resume yang baik
7. penyata blog yang berkaitan dengan kerjaya