Ciri-Ciri Resume Yang Efektif:
- Memenuhi
     keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil
     pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan
     tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang
     paling layak. 
- Mempamirkan
     anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di
     bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek
     terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang
     membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya
     dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat. 
- Data
     yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan
     menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa
     proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk
     untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi,
     pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.
     
- 
Menyiapkan
anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang
baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian
anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan
yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda
sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh
sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan