Ahad, 30 Oktober 2011

IKUTI TIP TEMUDUGA YANG BAIK

"Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya"


persoalan yang boleh menjengah di setiap benak fikiran manusia. Kadangkala berkedudukan terbaik dalam peperiksaan seperti SPM, DIPLOMA, IJAZAH dan selainnya belum tentu menjamin seseorang mendapatkan pekerjaan. Kerana apa? 


KEGAGALAN WAKTU TEMUDUGA !!!


Oleh itu ikuti beberapa tip yang mungkin berguna kepada anda.



  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job. Gunakan bahasa Inggeris yang ringan. Untuk sektor kerajaan juga ada menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya untuk penjawatan Gred 29 Keatas. Untuk itu bersedialah untuk menggunakan Bahasa inggeris.
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalau kurang berkeyakinan untuk berbahasa Inggeris, mohon kebenaran contohnya: "sorry sir, can i speak in Malay, my englis is broken" untuk menunjukkan rasa hormat atas ketidak bolehan kita. Namun selagi mampu baik anda mencuba berbahasa Inggeris.
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh!
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya!
  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Berjabat tanganlah dengan baik. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak.
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik.Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan