Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka 
perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya 
kerana kerjaya merupakan  kegiatan utama dan menentukan cara serta gaya 
hidup seseorang. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan 
kerjaya telah menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya 
melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan 
dan memadankan diri dengan pekerjaan.
Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan 
individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang
 meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi 
terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi 
untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab 
mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan .
Selain itu, pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan 
personaliti seseorang amat penting untuk menjamin seseorang individu itu
 kekal dalam bidang yang diceburinya.
Pemilihan kerjaya yang tepat pada peringkat awal lagi berdasarkan 
kepada minat, bakat,personaliti dan kemahiran yang ada amat penting agar
 sesuatu kerja yang dilakukan itu memuaskan dan berada pada tahap 
cemerlang.
Oleh itu, alat ukuran SDS yang merupakan alat ukuran minat kerjaya 
yang berformatkan “Ya” atau “Tidak”boleh digunakan umtuk melihat 
keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya yang dibuat.Gerak 
balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian tersebut 
digunakan untuk menentukan bidang inat/personaliti.
Menurut Holland (1973), tingkah laku vokasional mempunyai kaitan 
dengan interaksi anatara enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), 
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), 
Conventional (C).
1. Realistik (R)
Jenis personaliti realistik ialah individu yang mempunyai kemahiran 
atletik atau mekanikal. Individu ini menghadapiersekitaran secara 
konkrit dan fizikal. Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi
 emosi, tidak bersifat sosial. Contoh pekerjaan: Jurutera Awam, Operator
 Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. Contoh pekerjaan: Jurutera 
Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun.
2. Investigatif (I)
Jenis Investigatif ialah jenis individu yang mempunayi kemahiran 
saintifik dan matematik. Mengendalikan persekitarannya dengan 
menggunakan kecerdasan, memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan 
dan lambang-lambang. Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada
 situasi sosial dan bersifat introvert. Contoh pekerjaan: Ahli Kaji 
Cuaca, Doktor Perubatan, Ahli fizik, Penyelidik Sains
3. Artisitik (A) 
Jenis Artistik ialah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik
 dan inovatif. Menghadapi persekitaran dengan kebolehan intuisi dan suka
 bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Digambarkan 
sebagai individu yang bersifat asli, tidak gemar berkawan dan bersifat 
kewanitaan Contoh pekerjaan: Penyair, Penyanyi, Pelukis, Pengarang, 
Arkitek.
4. Sosial (S)
Jenis Personaliti Sosial ialah jenis yang suka bekerja dan 
berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitarannya dengan 
menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya dalam berkomunikasi. 
Digambarkan sebagai individu berimej positif mengenai dirinya, suka 
bersosial, gemar mengasuh, riang dan bertanggungjawab. Contoh pekerjaan:
 Ahli Sosiologi, Guru, Pegawai Perhubungan Awam, Kaunselor.
5. Enterprising (E)
Jenis personaliti Enterprising ialah jenis individu yang suka 
berkerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitaran 
dengan memperlihatkan ciri-ciri memujuk, bijak berbahasa, 
ekstrovert,penuh keyakinan. Digambarkan sebagai individu yang pandai dan
 mahir memanipulasi orang lain dan matlamat akhir mereka untuk mencapai 
keuntungan. Contoh pekerjaan Esksekutif Pegiklanan, Pengarah Publisiti, 
Ahli Politik, Jurujual Insurans.
6. Conventional (C)
Jenis personaliti Conventional ialah jenis individu yang suka bekerja
 dengan data dan nombor.Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat 
dan kegiatan yang direstui oleh masyarakat. Melakukan sesuatu secara 
terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.Digambarkan sebagai 
individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa kemas,dan 
konservatif.Contoh pekerjaan Penyimpan  Kira-kira, Guru Perdagangan, 
Akauntan, Jurutrengkas.
Alat Ukuran Minat Kerjaya SDS merupakan ujian minat adalah sebagai 
alat ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang
 pekerjaan. Alat ukuran SDS adalah alat ukuran yang mempunyai format 
jawapan ‘Suka’ dan ‘Tidak Suka’ atau ‘Ya’dan‘Tidak’.
Alat  ukuran SDS mempunyai 3 bahagian utama iaitu Bahagian I 
(Kesukaan), Bahagian II (Kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama 
Pekerjaan). Alat ukuran SDS mengandungi 192 item dan berupaya mengukur 6
 bidang minat iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), 
Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C).
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan