1) Ceritakan tentang diri anda
Majikan tidak mahu tahu anda berasal dari
mana atau di mana anda bersekolah. Hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman
sekarang dan kelayakan tertinggi. Selepas itu tekankan pada kelebihan skil dan
pengalaman anda. Habiskan jawapan anda dengan menyuarakan keinginan untuk
berkhidmat kepada syarikat tersebut.
2) Kenapa mesti kami pilih anda untuk
jawatan ini?
Serlahkan keistimewaan anda dengan
menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik.
3) Mengapa anda memilih syarikat ini?
Ini adalah salah satu soalan temuduga
yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat
sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview
tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri
syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat
tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh
diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan
dengan syarikat.
4) Apakah kelemahan anda yang paling
ketara?
Soalan ini perlu dijawab dengan jujur.
Tetapi pada masa yang sama, ceritakan bagaimana kelemahan tersebut menjadi
kelebihan kepada anda. Contohnya, ceritakan bagaimana anda menghadapi masalah
menyesuaikan diri dengan syarikat yang lepas dan apa langkah - langkah yang
anda telah ambil mengatasi masalah tersebut. Ini akan mengambarkan anda sebagai
seorang individu yang mampu mencari kelemahan diri sendiri dan berusaha
memperbaikinya.
5) Kenapa anda berhenti dari tempat kerja
yang lepas?
Jawab secara diplomatik yang mungkin. Sekiranya
anda perlu ada menyatakan beberapa aspek negatif, pastikan anda tidak lupa
menyertakan beberapa aspek yang positif juga.
6) Huraikan suatu masalah yang pernah anda
hadapi dan bagaimana anda menyelesaikannya.
Penemuduga ingin melihat kebolehan anda
untuk berfikir secara kritikal tidak kira untuk apa situasi. Walaupun masalah
yang anda hadapi cuma tidak cukup masa untuk belajar, terangkan langkah -
langkah yang anda ambil untuk menyusun jadual harian anda. Ini akan menunjukkan
bahawa anda adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh menyelesaikan
masalah dengan baik.
7) Apakah pencapaian yang paling anda
banggakan?
Sila pilih pencapaian yang lebih
berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang
diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria
tersebut.
8) Berapakah gaji yang anda harapkan?
Perkara pertama yang anda perlu lakukan
sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda
di Malaysia. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada
penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga
mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan,
misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan
kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan