Ahad, 30 Oktober 2011

Rahsia Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta Dengan Mudah…



Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja. Jadi,
apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?

 
1)     Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal supaya anda tidak tergopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat. Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
2)   Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.

3)  Elakkan Pemakaian Minyak Wangi
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu minyak wangi anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
 
4)    Dapatkan Maklumat Isu Semasa
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik. 
5)     Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan