Ahad, 30 Oktober 2011

Perkara yang perlu ada dalam Resume;

1)   Maklumat Peribadi (Personal Information)
Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas.
 
2)   Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

3)   Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Maklumat kelayakan profesional adalah kursus - kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya. 

4)   Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

5)   Bahasa (Language) Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

contoh:

                                        
Language
Spoken
Written
English
8
10
Malay
10
10
Mandarin
8
6
Arab
10
7
                                         
 
Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar. 

6)   Pengalaman Kerja (Working Experience)
Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
•  perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
•  membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
•  memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
•  menentukan basic salary 

a.     Didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir kerana majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
b.     Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya
c.     Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon.
d.     Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima.
e.     Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

7)   Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya. 

8)    Rujukan (Referees)  
Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu. 

9)   Gaji (Salary)
Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 - RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% - 50% dari gaji lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan