Ciri-Ciri Resume Yang Efektif:
- Memenuhi
     keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil
     pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan
     tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang
     paling layak. 
- Mempamirkan
     anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di
     bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek
     terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang
     membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya
     dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat. 
- Data
     yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan
     menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa
     proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk
     untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi,
     pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.
     
- Menyiapkan
     anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan
     membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia
     juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang
     mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda
     sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda
     boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi
     temuduga. 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan