Rabu, 23 November 2011

10 Tips Pemilihan Kerjaya

Pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari apa yang mereka kehendaki di dalam kehidupan dan kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan ataupun bagi menjadi penduan kepada individu dalam membuat pemilihan kerjaya.


1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.
2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang
    dimiliki.
3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau keluarga.
4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang
    dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah
    serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan
    semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira
7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih
    dahulu.
8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang relevan
    kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar
9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam m
    menjamin kejayaan anda
10. Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang
    maha mengetahui dan penentu segalanya. Insyallah


Tip Kerjaya

"Dressing up for the Success Interview"
 
 
 
Prepare and practice for an interview. After the date and venue has been set, allow time for enough preparation for the big day. Remember that first impressions do last, so the way an applicant look really does matter. Employers could easily give the verdict based on the manner of dressing during the initial interview.

Better questions and service can be received if the appearance itself commands respect. It is important to consider the surroundings of the company granting you an interview. There is no reason to be over dressed or poorly dressed during this very significant day. In fact, it is a good rule of thumb to always dress appropriately for any situation. All to often appearance is glossed over. Some might say that the inner characteristics of the person matter more, but in reality, you only have one opportunity for a first impression. Make it count!

Teori Kerjaya

Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan  kegiatan utama dan menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya telah menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan .
Selain itu, pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti seseorang amat penting untuk menjamin seseorang individu itu kekal dalam bidang yang diceburinya.
Pemilihan kerjaya yang tepat pada peringkat awal lagi berdasarkan kepada minat, bakat,personaliti dan kemahiran yang ada amat penting agar sesuatu kerja yang dilakukan itu memuaskan dan berada pada tahap cemerlang.

Oleh itu, alat ukuran SDS yang merupakan alat ukuran minat kerjaya yang berformatkan “Ya” atau “Tidak”boleh digunakan umtuk melihat keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya yang dibuat.Gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian tersebut digunakan untuk menentukan bidang inat/personaliti.

Menurut Holland (1973), tingkah laku vokasional mempunyai kaitan dengan interaksi anatara enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), Conventional (C).

1. Realistik (R)
Jenis personaliti realistik ialah individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Individu ini menghadapiersekitaran secara konkrit dan fizikal. Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak bersifat sosial. Contoh pekerjaan: Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. Contoh pekerjaan: Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun.

2. Investigatif (I)
Jenis Investigatif ialah jenis individu yang mempunayi kemahiran saintifik dan matematik. Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kecerdasan, memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-lambang. Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi sosial dan bersifat introvert. Contoh pekerjaan: Ahli Kaji Cuaca, Doktor Perubatan, Ahli fizik, Penyelidik Sains

3. Artisitik (A)
Jenis Artistik ialah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Menghadapi persekitaran dengan kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Digambarkan sebagai individu yang bersifat asli, tidak gemar berkawan dan bersifat kewanitaan Contoh pekerjaan: Penyair, Penyanyi, Pelukis, Pengarang, Arkitek.

4. Sosial (S)
Jenis Personaliti Sosial ialah jenis yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya dalam berkomunikasi. Digambarkan sebagai individu berimej positif mengenai dirinya, suka bersosial, gemar mengasuh, riang dan bertanggungjawab. Contoh pekerjaan: Ahli Sosiologi, Guru, Pegawai Perhubungan Awam, Kaunselor.

5. Enterprising (E)
Jenis personaliti Enterprising ialah jenis individu yang suka berkerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitaran dengan memperlihatkan ciri-ciri memujuk, bijak berbahasa, ekstrovert,penuh keyakinan. Digambarkan sebagai individu yang pandai dan mahir memanipulasi orang lain dan matlamat akhir mereka untuk mencapai keuntungan. Contoh pekerjaan Esksekutif Pegiklanan, Pengarah Publisiti, Ahli Politik, Jurujual Insurans.

6. Conventional (C)
Jenis personaliti Conventional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.Menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan yang direstui oleh masyarakat. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa kemas,dan konservatif.Contoh pekerjaan Penyimpan  Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan, Jurutrengkas.

Alat Ukuran Minat Kerjaya SDS merupakan ujian minat adalah sebagai alat ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran SDS adalah alat ukuran yang mempunyai format jawapan ‘Suka’ dan ‘Tidak Suka’ atau ‘Ya’dan‘Tidak’.
Alat  ukuran SDS mempunyai 3 bahagian utama iaitu Bahagian I (Kesukaan), Bahagian II (Kecekapan) dan Bahagian III (Senarai Nama Pekerjaan). Alat ukuran SDS mengandungi 192 item dan berupaya mengukur 6 bidang minat iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C).