1)
Maklumat Peribadi (Personal
Information)
Maklumat peribadi
adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga
memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan
bahawa maklumat peribadi adalah ringkas.
2)
Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/
Hobbies)
Majoriti majikan gemar mengambil calon
yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada
buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor
anda. Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda.
Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.
3)
Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education
and Professional Qualifications)
Masukkan maklumat yang paling terkini
sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut
adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Maklumat kelayakan
profesional adalah kursus - kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification)
tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI
cerification, kursus andaman dan sebagainya.
4)
Skil/ Kemahiran (Skills)
Sertakan
ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan
menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food,
dan sebagainya.
5)
Bahasa (Language) Letakkan seberapa
banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda
tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat
tersebut turut disertakan.
contoh:
Language
|
Spoken
|
Written
|
English
|
8
|
10
|
Malay
|
10
|
10
|
Mandarin
|
8
|
6
|
Arab
|
10
|
7
|
Kriteria bahasa adalah lebih mudah
dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume
anda supaya tidak nampak mendatar.
6)
Pengalaman Kerja (Working
Experience)
Maklumat yang paling penting dalam
penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?
• perkara pertama yang akan
dipertimbangkan oleh majikan.
• membezakan antara yang experienced
dan fresh graduate .
• memutuskan sama ada anda mampu
memikul tanggungjawab yang lebih berat.
• menentukan basic salary
a. Didahului dengan pengalaman
kerja yang paling akhir kerana majikan akan lebih menekankan soalan yang
berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
b. Nyatakan tarikh
(tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya
c. Terangkan dengan
jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil
yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon.
d. Hadkan pengalaman
kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima.
e. Fresh graduates : Anda boleh abaikan
bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang
pernah anda ikuti sekiranya ada.
7)
Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Pencapaian dalam kerjaya bermaksud
pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam
bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan
sebagainya.
8)
Rujukan (Referees)
Maklumat berkaitan dengan orang yang
boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang
akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama,
jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak
perlu.
9)
Gaji (Salary)
Expected salary mestilah
setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja,
secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan
RM500 - RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip
kenaikan 30% - 50% dari gaji lama.