Berikut
adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik
temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
Bercakap perkara-perkara
yang tidak berkaitan secara keterlaluan
Tidak memberikan tumpuan
kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang
penemuduga
Mengelak dari menjawab
soalan penemuduga
Memandang rendah akan
pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
Mencabar penemuduga
dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
Menggunakan nama-nama
orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan
harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Ingatkan diri anda
bahawa penemuduga sedang menguji anda
Jawab dengan jelas dan
lantang
Kikiskan sifat ego anda
Tenangkan diri anda
sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan
jawapan anda untuk membidas
Banyakkan senyuman
Berikan penekanan dalam
jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume
anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai
orang lain