Ahad, 30 Oktober 2011

Ciri-Ciri Resume Yang Efektif:

  • Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak.

  • Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.

  • Data yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.

  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan